Tinta Musafir


Blog For Free!


Archives
Home
2005 January

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Sastera Islam
01.22.05 (8:47 am)   [edit]

Sastera Islam 


 


“Apabila kita menyebut sastera Islam dan penulis atau pemikir Islam, maka kita mesti mengatakan bahawa sastera dalam Islam adalah wadah untuk menyalurkan dakwah Islam. Dengan demikian sastera Islam adalah sastera yang terlibat (committed literature). Ia tidak terbuka kepada segala macam kebebasan yang membolehkan apa saja.”



[ Awang Haji Yahya Haji Ibrahim, (Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz), ‘Persoalan Akhlak dalam Sastera’, Simposium Serantau Sastera Islam, DBP, Brunei 1996 , hlm. 48 ]


 



“Sastera Islam mempunyai ciri-ciri khusus, yang menjadikannya tidak akan pernah sama dengan yang bukan Islam, atas beberapa faktor, antaranya: Sastera Islam hanya menjurus dan mengemukakan kebenaran dan kemuliaan, yang menjadikannya tetap suci dan indah buat selama-lamanya. Tapaknya ialah al-Quran dan hadis, iaitu sebagai sumber yang menentukan nilai, dengan matlamatnya ialah keredhaan Allah.”



[ Awang Haji Abdul Aziz Juned, (Yang Dimuliakan Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz), ‘Sastera Islam Mesti Bersuluh Kepada Wahyu Dan Ilmu Islam’, Simposium Serantau Sastera Islam, DBP, Brunei 1996 , hlm. 62 ]


 



“Sastera Islam itu sebagai sastera kerana Allah untuk manusia dapat diertikan bahawa karya itu dihasilkan oleh seorang penulis Muslim yang ingin berbakti kepada Allah, maka dia menulis karyanya yang mengandungi unsur-unsur pengajaran Islam seperti yang dianjurkan oleh Allah di dalam al-Quran, segala unsur pengajaran Islam dijadikan sebagai amanat yang diselitkan oleh pengarang dalam karyanya dengan harapan secara langsung atau tidak langsung ia dapat memberi kesan yang positif ke dalamdiri pembaca.”



[ Ismail Hamid, (Prof. Madya Dr), ‘Ciri-Ciri Kesusasteraan Islam’, Simposium Serantau Sastera Islam, DBP, Brunei 1996 ]


 



“Sastera Islam adalah sebagai sastera yang dilahirkan oleh penulis yang komited dengan pandangan hidup Islam dan sistem nilainya.”



[ Mohd. Kamal Hassan, “Forum Sstera Islam”, Dewan Sastera, Ogos 1977, hlm. 3 ]


 



“Sastera Islam yang dimaksudkan itu ialah pendapat atau pandangan serta pemikiran yang diilhamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada seseorang mengenai kehidupan manusia sejagat lalu diluahkan mengikut ilusi, perasaan melalui kata-kata, tulisan dengan niat kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka yang dilihamkan itu adalah terdiri daripada orang-orang Islam.”



[ Haji Sulaiman Haji Duraman, “Sastera Islam di Negara Brunei Darussalam”, Bahana, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Jun 2004, hlm. 27 ]


 



“Konsep Sastera Islam ialah sastera yang memancarkan sikap hidup yang bertakwa sambil menekankan kepada kebaikan-kebaikan amalan masyarakat, yang segalanya berlandaskan Al-Quran dan Sunah Nabi.”



[ Abdul Rahman Napiah, (Dr.), (Mana Sikana), “Sastera Islam Dan Hubungannya Dengan Sastera Melayu”, Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Pustaka Nasional Pte. Ltd., Singapura, 2003, hlm. 147 ]


 



“Karya yang mengambarkan konsep dan nilai hidup Islam.”



[ Yusof Zaki Yaakob, “Sastera Islam di Malaysia”, Majalah Dian, 72, September / Oktober 1974 ]


 

 
Selamat Datang ke Laman Utama Tinta MUsafir
01.22.05 (8:09 am)   [edit]

السلام عليكم ورحمة الله


Selamat Datang


Selamat Datang ke Laman Tinta Musafir.


 


Alhamdulillah, laman Tinta Musafir ini akhirnya telah dapat dihasilkan pada petang Khamis, 8 Zulhijjah 1425 Hijrah bersamaan 19 Januari 2005 Masehi, pukul 5 petang, di Universiti Brunei Darussalam. Lahirnya laman ini sekurang-kurangnya akan dapat menambahkan lagi khazanah sastera Islam.


 


Kita memang mengharapkan bahawa laman ini akan mencetuskan era yang lebih baik tentang sastera Islam. Memang di akui laman ini merupakan persoalan dan telaahan awal tentang bidang di atas. Justeru itu, kekurangan dan kejanggalan mungkin sahaja terdapat di sana sini. Dalam hubungan ini kita mengharapkan kajian lanjut yang penuh tuntas tentang bidang berkenaan akan diberi perhatian dan laluan yang cukup baik. Maka kepada mereka yang berkebolehan wajar tampil untuk menyelongkar, mengakas, memisi, mengukur timbang dan seterusnya mempersembahkannya kepada massa sebagai warisan dan khazanah umat Islam.


 


Penulis ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada sahabat sekuliah penulis dari Patani, Abdullah Dolohmae yang telah banyak memberikan bimbingan, teguran dan nasihat yang membina bagi kesempurnaan laman ini. Atas perhatian tersebut, maka hasil laman ini lahir sebagaimana yang dipersembahkan sekarang.


 


Sepanjang kerja menghasil dan seterusnya usaha menerbitkan laman ini, penulis telah banyak berhutang budi kepada banyak pihak, sama ada daripada teman-teman sekuliah dan rakan-rakan di Universiti Brunei Darussalam dan juga mereka yang tidak dapat penulis senaraikan namanya di sini. Kepada mereka, penulis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Kepada semua yang telah memberikan kerjasama sewaktu penulisan ini dilakukan, sejambak bunga Sulasih penulis hulurkan. Tanpa kerjasama mereka kemungkinan besar laman ini tidak dapat dipersembahkan sepertinya.


 


Akhirnya, terima kasih kepada ibu dan ayah serta keluarga yang sering penulis tinggal-tinggalkan dalam menyiapkan laman ini. Wajah dan kemesraan mereka menjadi pendorong dan semangat yang kuat untuk kesempurnaan laman ini.


 


Salam Ukhwah dari penulis di bumi Darussalam


 


 


Muhammad Fakhrul Razi Morni


(Tinta Musafir)


Negara Brunei Darussalam


9 Zulhijjah 1425 H,


20 Januari 2005 M.


 


 


 


 


"Rendahkanlah dirimu serendah mutiara di dasar lautan,


sedang ilmumu tinggikanlah setinggi bintang di langit"


(Mutiara Hikmah dari Imam al-Ghazalle)





 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


************************* **************


Semua hak cipta terpelihara.


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan bahagian tersebut,


disimpan dalam sistem pengeluaran semula, ataupun dipindahkan


dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara


elektronik,fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum


mendapat izin daripada pemilik hakcipta


(penulis) terlebih dahulu.


************************* **************


 


 

 
LAMAN :